Saturday, 26 April 2008

Keutuhan Umno diperlukan

Sebab berlakunya penolakan rakyat terhadap BN/Umno telah dikupas oleh banyak pihak, sama ada dari yang menyokong atau sebaliknya.
Sekarang adalah masanya untuk ahli Umno memikirkan perancangan dan tindakan yang dapat sekurang-kurangnya mengembalikan semula semangat agar keyakinan yang telah terbentuk sejak sekian lama berputik akhirnya.
Umno dalam terpaksa harus bermula seperti bagaimana ia ditubuhkan pada 1946 dahulu tetapi dalam bentuk baru, bersesuaian dengan suasana dan cabaran masa kini.
Dikhuatiri jikalau pendekatan yang lebih tersusun, berisi dan mampu memberi impak yang dikehendaki, terutamanya oleh golongan muda tidak dapat difahami dan dipenuhi, sukar bagi Umno untuk bangkit dan gagah seperti sebelum PRU13 (8 Mac 2008) yang lalu.

Ke mana hala tuju Umno selepas ini?

Kekuatan parti tonggak BN, Umno nampaknya telah terhakis. Banyak yang telah diperkatakan tentang kekalahan teruk BN di negeri-negeri yang dahulu dianggap kubu kuatnya. Apa yang telah terjadi ini menuntut satu muhasabah yang tinggi dan jitu bukan sahaja dari pimpinan bahkan sehingga ke ahli-ahli akar umbi.
Apa sebenarnya yang berlaku?

Kecelaruan Yang Melanda

Seusai PRU13 baru-baru ini membuka mata banyak pihak tentang peri-pentingnya muhasabah diri dilakukan. Pihak yang menerima kekalahan mulai dari saat itu tidak boleh tidak terpaksa menelan ubat yang pahit guna untuk merungkaikan kesilapan lalu agar kekalahan yang membelenggu tidak kekal lama.


Pilihan yang telah dibuat oleh rakyat tidak perlu diperslakan lagi. Masa yang ada sekarang pelru digunakan sebaik mungkin oleh Umno agar segala kekurangan dan kekhilafan diperbaiki dan bersama-sama menuju ke arah perubahan yang relevan dengan kehendak rakyat terbanyak. Masa untuk beretorik sudah berlalu.


Sama-samalah kita tunggu apakah kesudahannya perjuangan yang dimulakan sejak zaman pra-kemerdekaan sehingga tertubuhnya parti keramat Umno ini dapat berubah seiring dengan moto yang selalu dilaungkan..Alif, Ba, Ta..Agama, Bangsa,Budaya, Bahasa, Tanahair.